Friday, April 16, 2010

Lamanya x menulis...

sebelum tu nak mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia Nya selam ni..

ALHAMDULILLAH HI ROBIL ALAMIN.....

sudah lama x menulis dalam blog peribadi ni, tau la kan banyak sangat benda yang berlaku keatas diri aku selama ni..... tapi x lah sehingga menyebabkan aku hilang akal fikiran dan daya upaya seluruh anggota ku, cuma ia melibatkan perasaan dan kedewasaamn ku sahaja...

ok la.. setakat ni sahaja aku nak menulis.. aku akan menulis lagi di hari kemudian...

Assalammualaikum WBT...

nak tido , esok nak keja... hehehehehehehe

Friday, November 20, 2009

Dia.... eps 2

sudah lama rasanya x menulis dalam blog ni...
biar la ku mulai dengan BISSMILLAH HIROHMAN NI ROHHIM... TIADA LAH DAYA KU KEKUATAN KU MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN DARI ALLAH SWT....

setelah 11 bulan perkenalan ini baru aku tau sebenarnya aku memang mencintainya... Hari Raya yang telah berlalu memberi aku kenangan yang indah, di mana dia telah membelikan aku perfume jenama Adidas g tu.. hehehehe, aku x tercakap apa... bagi itu suatu pemberian yang sungguh bernilai dan berharga apa lagi di beri oleh orang yang benar2 aku sayang....

selang beberapa sebelum Hari Raya aku memberikannya kalung yang ku beli di kedai daimon d aport.... pada mulanya aku hanya beli pendant yang berbentuk tirus kerana waktu tu cuma ada 2 saja bentuk iaitu tirus dan bentuk buah hati... hati ku ragu2 nak beli, tapi akhirnya ku buat keputusan nak bagi yg berbentuk buah hati , niat ku hanya nak dia tau yang aku menyimpan perasaan padanya.... aku memberi padanya sebelum hari raya.... pada mulanya dia hanya mengambil dan x tau apa yang terisi dalam tu, setelah aku pulang dia me sms ku dan mengatakan " kenapa bentuk buah hati", aku pun membalas itu hanya trial klu nak tukar boleh...dia pun hanya mengatakan "x pa la ni pun kira ok dan mengucapkan terima kasih..." hari demi hari aku selalu memikirkan apakah aku layak untuk dia dan apakah aku mampu memberikan kasih sayang kepadanya, Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui betapa Indahnya perasaan ini yang Engkau telah Kurniakan dan aku bersyukur kerna Engkau masih memneri aku perasaan ini.... Kadang kala terlintas juga dalam fikiran aku , untuk membuang perasaan itu , tetapi bila d fikir semula kenapa aku x cuba , sedang kan perasaan ini Allah yang beri dan semua ini mesti ada HIkmahNya..... mana x nya, dia kan kelulusan Universiti aku pula sstakat SPM ja baru kurenggg g..... tapi aku harus mencuba , mungkin di sebaliknya buat aku lebih berusaha......

bersambung.....

Wednesday, September 16, 2009

DIA........


DIA........

Dia, adalah seorang insan biasa yang masih sendiri ... punya keluarga, teman dan dunia yang tidak akan kekal selamanya....... sungguh sunyi bila tidak mengenal Illahi, hanya mencari teman2 sekadar mengisi kekosongan jiwa yang tidak akan dapat di penuhi... hanya Iman yang akan bisa memnuhi setelah mengenal dan sering meminta ke atas pada, tuhan yang satu iaitu Allah SWT....

Dia kukenali hampir 9 bulan lalu, sungguh tak kusangka perkenalan itu membuat kan ku makin mengenali hati seorang wanita malah membibitkan benih2 cinta kedalam diri ku..... selama 9 bulan ni lah aku cuba mengubah pendirian ku terhadap wanita, yang selama ni tidak pernah ku selami hati mereka2 yang bergelar wanita.... Dia boleh di katakan seorang wanita yang baru mengenal erti kematangan dalam kehidupan , mungkin juga di sebabkan oleh kisah cinta nya yang lalu dan masih belajar dalam jurusan pertanian.....pertama mengenal nya bagi ku hanya tuk mngisi masa lapang ku yang gemar serve internet, perkenalan itu membuat ku rasa seperti satu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, malah aku bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada ku tuk mengenal nya dan aku juga bersyukur kerana dia hadir di saat aku cuba mengubah hidupku......

Pertemuan pertama kami sekitar 2 bulan yang lalu, saat itu aku pun x menyangka yang kami akan bertemu, ya la selama ni berkenalan hanya lah melalui dunia I.T, dan tak di sangka pertemuan itu membuatkan aku mulai menyukainya setelah berdepan , melihat kelibatnya, perwatakan, ketawa, wajahnya, kenakalannya, membuat ku senang dan selesa bila bersama, pertemuan itu berakhir sungguh indah bagi ku ...

Adakah aku jatuh cinta.....

bersambung.....

Tuesday, June 9, 2009

its so long time......

it`s so long time
sungguh lama rasanya x menaype macam ni, adalah dalam sebulan lebih,
dalam masa yang panjang ni banyak telah berlaku ke atas diri ku.... x tau nak mulakan macam mana...
Al-hamdulillah , aku mengucapkan syukur ke atas Ilahi atas Qada n Qadarnya, musibah dan keberkatan limpah kurnia nya.... huhhhhhh panjang kan nafas tu di tarik mau ambik feel lu... hehehehehe.... sepanjang masa ini, aku dapat banyak manfaat dari segala yang berlaku keatas diriku, aku telah berkenalan dengan sesorang , ya baru 5 bulan, aku hanya megenalnya dari internet, bagku internet tempat meluangkan masa n untuk berhibur memandang kan ia menjadi separuh dalam hidup setiap insan didunia ini... kami mula berkenal melaui tagged...bermessage dalam site tu sehinggalah 1 hari dia meminta ym ku,ketika itu pula aku bergegas hendak pulang kerumah yang sempat ku type hanya no.phone.. entah la napa tiba2 aku bg no ku.... selang beberapa hari dia menelfon aku, dalam perbualan itu aku hanya ketawa mendengar suaranya, ntah setiap kali dia membuka pertanyaan atau bercerita, yang terlintas d kpala ku hanya riak wajahnya yang lucu... sehinggakan dia pun x mengerti apa yang membuat kan ku tertawa... BODOHkan hahahahaaaa tapi itulah yang terjadi...
Sejak malam itu , kami sering bersms sehinggalah hari ini... dia juga la yang menelfon ku sehingga pagi , x pernah ku rasakan besengkang mata sampai kepagi bercakap d telefon.. malah x suka bercakap d dalam telefon lama2 ... rasa nak gila pun ada tapi aku enjoyed n happy, baru yang lucu tu dia menyuruh ku membaca doa2 dalam solat termasuk la bacaan selepas wudu`..... sebelum itu memang aku ingin belajar semula bacaan dalam solat, ternyata Allah sedikit sebanyak membuka hati ku, dan dalam masa yang sama Allah menemukan ku dengan wanita ini, yang banyak juga ku bertanya soal solat dan berkongsi pendapat tentang apa yang berlaku sekarang.... dia seorang yang mudah memahami n senang nak berkongsi pendapat, malah dia juga baru putus cinta ngan org dr semenanjung .. paling teruk apabila dirinya di aibkan d dalam tagged, sehinggakan membawa maruah dirinya dan kluarganya... aku pun menyangka manusia macam ini masih wujud dalam dunia yang semakin moden , tetapi pemikiran waktu zaman jahiliah ( kegelapan ).....kesian....
Kini aku sudah study semula , eksekutif Diploma Human Resource n mangement... ingat kan senang , berpusing juga kepala bila lecturer mengajar, tapi ini hanya permulaan, dan aku yakin aku boleh , percaya pada diri dan keyakinan... hahaha macam A.F la pula....aku juga sudah mula belajar mengaji, perkara yang sudah 14 tahun ku tinggalkan... keras gila lidah ku mau menyebut baru alif sampai ha`blum g yang belilit , best sangat, walaupun pada mulanya aku malu kerna yang mengajar ku.. kawan ku sendiri, tapi ku radu juga, malah dia suka mengajar ku .. Al-hamdulillah segala hajat ku selama ini Allah memberkati n memudahkan....
`sekarang aku semakin tenang, walau pun tugasan banyak`

- HARMONI -

HARMONI
Indah bila Punya cinta
dan kedamaian...
Seolah dunia tanpa halangan
diri tak di rantai...
Namun diri masih sendiri
Tanpa engkau disisi..
Sangkar besi telah terbuka
bebas lah engkau
seperti merpati terbang tinggi
suka tanpa duka..
Selembar kertas putih tak bernoktah
tanpa kata tanpa suara
yang tersirat dalam lubuk hati
hanya ada Harmoni
usah di kenang yang sudah berlalu
laluilah dengan ketenangan ....

Saturday, April 4, 2009

Amalan untuk generasi kita akan datang... INSYA ALLAH....

Generasi yang baik datang nya dari kita sendiri, Minta la Keredhaan Allah SWT......

Posted in Islam on Apr 18, 2007

Amalkan berdoa2 berikut semasa membesarkan anak2;

Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

Doa agar anak2 mengerjakan Solat
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41

Doa melembutkan hati anak2 yg nakal
SURAH TAHA AYAT 1-6

Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan
sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila
anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi
pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah
diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu
sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang
memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam
pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg
mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi
penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia
kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini
akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah
sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya
pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia
akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya
motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap
perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih
banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah
keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang
terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah
keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan
proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan
keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari
tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan
bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali
layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur
baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok.
Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu
jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli
di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya
mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada
masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita
supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi
kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa.
Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan
takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran
yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali -
ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan
tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam
satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye,
tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut
la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya
baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam
rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur
pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya
jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu
real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan
kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi.
Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam -
biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm
cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni
garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist
pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan
mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain.
Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau
kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari
satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan
mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

Ilmu pemakanan dalam Islam....

Inilah cara2 pemakanan yang harus kita amalkan....
harap dapat kita manfaatkan bersama



Posted in Islamwith No Comments →

Ilmu Pemakanan

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak
boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,
lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita
telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata,
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga
pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah
susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya… kawan2
cubalaa……………………………
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie…. Ianya berkesan bila kita
sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi
ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur
dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah…

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening
atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam
sehari perlu kita sujud. Ahli-
ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan
mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna maka
nan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam…

Sama2lah kita mengamalkannya…….

WallahuA’lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.