Friday, November 20, 2009

Dia.... eps 2

sudah lama rasanya x menulis dalam blog ni...
biar la ku mulai dengan BISSMILLAH HIROHMAN NI ROHHIM... TIADA LAH DAYA KU KEKUATAN KU MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN DARI ALLAH SWT....

setelah 11 bulan perkenalan ini baru aku tau sebenarnya aku memang mencintainya... Hari Raya yang telah berlalu memberi aku kenangan yang indah, di mana dia telah membelikan aku perfume jenama Adidas g tu.. hehehehe, aku x tercakap apa... bagi itu suatu pemberian yang sungguh bernilai dan berharga apa lagi di beri oleh orang yang benar2 aku sayang....

selang beberapa sebelum Hari Raya aku memberikannya kalung yang ku beli di kedai daimon d aport.... pada mulanya aku hanya beli pendant yang berbentuk tirus kerana waktu tu cuma ada 2 saja bentuk iaitu tirus dan bentuk buah hati... hati ku ragu2 nak beli, tapi akhirnya ku buat keputusan nak bagi yg berbentuk buah hati , niat ku hanya nak dia tau yang aku menyimpan perasaan padanya.... aku memberi padanya sebelum hari raya.... pada mulanya dia hanya mengambil dan x tau apa yang terisi dalam tu, setelah aku pulang dia me sms ku dan mengatakan " kenapa bentuk buah hati", aku pun membalas itu hanya trial klu nak tukar boleh...dia pun hanya mengatakan "x pa la ni pun kira ok dan mengucapkan terima kasih..." hari demi hari aku selalu memikirkan apakah aku layak untuk dia dan apakah aku mampu memberikan kasih sayang kepadanya, Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui betapa Indahnya perasaan ini yang Engkau telah Kurniakan dan aku bersyukur kerna Engkau masih memneri aku perasaan ini.... Kadang kala terlintas juga dalam fikiran aku , untuk membuang perasaan itu , tetapi bila d fikir semula kenapa aku x cuba , sedang kan perasaan ini Allah yang beri dan semua ini mesti ada HIkmahNya..... mana x nya, dia kan kelulusan Universiti aku pula sstakat SPM ja baru kurenggg g..... tapi aku harus mencuba , mungkin di sebaliknya buat aku lebih berusaha......

bersambung.....

Wednesday, September 16, 2009

DIA........


DIA........

Dia, adalah seorang insan biasa yang masih sendiri ... punya keluarga, teman dan dunia yang tidak akan kekal selamanya....... sungguh sunyi bila tidak mengenal Illahi, hanya mencari teman2 sekadar mengisi kekosongan jiwa yang tidak akan dapat di penuhi... hanya Iman yang akan bisa memnuhi setelah mengenal dan sering meminta ke atas pada, tuhan yang satu iaitu Allah SWT....

Dia kukenali hampir 9 bulan lalu, sungguh tak kusangka perkenalan itu membuat kan ku makin mengenali hati seorang wanita malah membibitkan benih2 cinta kedalam diri ku..... selama 9 bulan ni lah aku cuba mengubah pendirian ku terhadap wanita, yang selama ni tidak pernah ku selami hati mereka2 yang bergelar wanita.... Dia boleh di katakan seorang wanita yang baru mengenal erti kematangan dalam kehidupan , mungkin juga di sebabkan oleh kisah cinta nya yang lalu dan masih belajar dalam jurusan pertanian.....pertama mengenal nya bagi ku hanya tuk mngisi masa lapang ku yang gemar serve internet, perkenalan itu membuat ku rasa seperti satu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, malah aku bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada ku tuk mengenal nya dan aku juga bersyukur kerana dia hadir di saat aku cuba mengubah hidupku......

Pertemuan pertama kami sekitar 2 bulan yang lalu, saat itu aku pun x menyangka yang kami akan bertemu, ya la selama ni berkenalan hanya lah melalui dunia I.T, dan tak di sangka pertemuan itu membuatkan aku mulai menyukainya setelah berdepan , melihat kelibatnya, perwatakan, ketawa, wajahnya, kenakalannya, membuat ku senang dan selesa bila bersama, pertemuan itu berakhir sungguh indah bagi ku ...

Adakah aku jatuh cinta.....

bersambung.....

Tuesday, June 9, 2009

its so long time......

it`s so long time
sungguh lama rasanya x menaype macam ni, adalah dalam sebulan lebih,
dalam masa yang panjang ni banyak telah berlaku ke atas diri ku.... x tau nak mulakan macam mana...
Al-hamdulillah , aku mengucapkan syukur ke atas Ilahi atas Qada n Qadarnya, musibah dan keberkatan limpah kurnia nya.... huhhhhhh panjang kan nafas tu di tarik mau ambik feel lu... hehehehehe.... sepanjang masa ini, aku dapat banyak manfaat dari segala yang berlaku keatas diriku, aku telah berkenalan dengan sesorang , ya baru 5 bulan, aku hanya megenalnya dari internet, bagku internet tempat meluangkan masa n untuk berhibur memandang kan ia menjadi separuh dalam hidup setiap insan didunia ini... kami mula berkenal melaui tagged...bermessage dalam site tu sehinggalah 1 hari dia meminta ym ku,ketika itu pula aku bergegas hendak pulang kerumah yang sempat ku type hanya no.phone.. entah la napa tiba2 aku bg no ku.... selang beberapa hari dia menelfon aku, dalam perbualan itu aku hanya ketawa mendengar suaranya, ntah setiap kali dia membuka pertanyaan atau bercerita, yang terlintas d kpala ku hanya riak wajahnya yang lucu... sehinggakan dia pun x mengerti apa yang membuat kan ku tertawa... BODOHkan hahahahaaaa tapi itulah yang terjadi...
Sejak malam itu , kami sering bersms sehinggalah hari ini... dia juga la yang menelfon ku sehingga pagi , x pernah ku rasakan besengkang mata sampai kepagi bercakap d telefon.. malah x suka bercakap d dalam telefon lama2 ... rasa nak gila pun ada tapi aku enjoyed n happy, baru yang lucu tu dia menyuruh ku membaca doa2 dalam solat termasuk la bacaan selepas wudu`..... sebelum itu memang aku ingin belajar semula bacaan dalam solat, ternyata Allah sedikit sebanyak membuka hati ku, dan dalam masa yang sama Allah menemukan ku dengan wanita ini, yang banyak juga ku bertanya soal solat dan berkongsi pendapat tentang apa yang berlaku sekarang.... dia seorang yang mudah memahami n senang nak berkongsi pendapat, malah dia juga baru putus cinta ngan org dr semenanjung .. paling teruk apabila dirinya di aibkan d dalam tagged, sehinggakan membawa maruah dirinya dan kluarganya... aku pun menyangka manusia macam ini masih wujud dalam dunia yang semakin moden , tetapi pemikiran waktu zaman jahiliah ( kegelapan ).....kesian....
Kini aku sudah study semula , eksekutif Diploma Human Resource n mangement... ingat kan senang , berpusing juga kepala bila lecturer mengajar, tapi ini hanya permulaan, dan aku yakin aku boleh , percaya pada diri dan keyakinan... hahaha macam A.F la pula....aku juga sudah mula belajar mengaji, perkara yang sudah 14 tahun ku tinggalkan... keras gila lidah ku mau menyebut baru alif sampai ha`blum g yang belilit , best sangat, walaupun pada mulanya aku malu kerna yang mengajar ku.. kawan ku sendiri, tapi ku radu juga, malah dia suka mengajar ku .. Al-hamdulillah segala hajat ku selama ini Allah memberkati n memudahkan....
`sekarang aku semakin tenang, walau pun tugasan banyak`

- HARMONI -

HARMONI
Indah bila Punya cinta
dan kedamaian...
Seolah dunia tanpa halangan
diri tak di rantai...
Namun diri masih sendiri
Tanpa engkau disisi..
Sangkar besi telah terbuka
bebas lah engkau
seperti merpati terbang tinggi
suka tanpa duka..
Selembar kertas putih tak bernoktah
tanpa kata tanpa suara
yang tersirat dalam lubuk hati
hanya ada Harmoni
usah di kenang yang sudah berlalu
laluilah dengan ketenangan ....

Saturday, April 4, 2009

Amalan untuk generasi kita akan datang... INSYA ALLAH....

Generasi yang baik datang nya dari kita sendiri, Minta la Keredhaan Allah SWT......

Posted in Islam on Apr 18, 2007

Amalkan berdoa2 berikut semasa membesarkan anak2;

Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

Doa agar anak2 mengerjakan Solat
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41

Doa melembutkan hati anak2 yg nakal
SURAH TAHA AYAT 1-6

Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan
sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila
anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi
pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah
diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu
sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang
memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam
pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg
mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi
penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia
kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini
akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah
sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya
pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia
akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya
motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap
perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih
banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah
keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang
terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah
keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan
proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan
keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari
tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan
bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali
layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur
baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok.
Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu
jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli
di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya
mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada
masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita
supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi
kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa.
Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan
takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran
yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali -
ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan
tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam
satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye,
tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut
la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya
baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam
rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur
pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya
jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu
real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan
kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi.
Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam -
biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm
cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni
garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist
pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan
mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain.
Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau
kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari
satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan
mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

Ilmu pemakanan dalam Islam....

Inilah cara2 pemakanan yang harus kita amalkan....
harap dapat kita manfaatkan bersama



Posted in Islamwith No Comments →

Ilmu Pemakanan

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak
boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,
lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita
telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata,
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga
pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah
susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya… kawan2
cubalaa……………………………
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie…. Ianya berkesan bila kita
sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi
ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur
dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah…

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening
atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam
sehari perlu kita sujud. Ahli-
ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan
mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna maka
nan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam…

Sama2lah kita mengamalkannya…….

WallahuA’lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

Tuesday, March 31, 2009

amalan bangsa yahudi dalam melahirkan generasi yg bijak.....

aku terbaca dalam blog yg baru di beritahu oleh teman ku...
sama2 la kita memikirkannya....



tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik. Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA. Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?

Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.



Monday, March 23, 2009

Kehadiran ku eps 4

sepanjang kehidupan ni aku telah banyak melalui hari2 yang indah dan tak seberapa pahitnya .. tak sepahit secangkir kopi juga tak sepahitnya hempedu..... erti kata lain masam manis manusia.. aku sangat bersyukur kepada Allah SWT di beri banyak peluang dalam memilih jalan ku sendiri
walau pun di kelilingi onak dan duri yg tak setajam duri kasturi ....

selepas 2 tahun x bekerja , akhirnya aku telah mendapat pekerjaan di Sutera Harbour , hanya sebagai technical sevices.. kerja ku cuma mengecat dinding hotel n bilik2nya walaupn dalam kontrak aku bersyukur sekurang2nya aku mempunyai pendapatan sendiri.. tapi yang tak bestnya aku akan terima gaji seminggu sekali mesti susah nak budget tuk simpanan n perbelanjaan harian... sepanjang bertugas di sana banyak juga kenangan manis bersama teman2 yang segila aku... hahahahaaaa apa tidaknya group ku semuanya dr perumahan yang sama jadi tal hairan la klu kepala tu gila2 lagi pun xda yang terlalu tua dr kami sekalian, rata2 seangkatan... aku telah bertugas di sana selama 9 bulan ,akhirnya akmi semua di berhentikan atas kekurangan pelancong yang menginap d sana, time tu penyakit SARS heboh di kalangan pelancong china.... aku menganggur lagi, sepanjang bekerja di sutera harbour tu sedikit wang pun aku tak pernah sekali pun menyimpan apatah lagi punya akaun di bank.... setiap kali gaji ja mesti separuh dari wang ku habis di meja snooker ... rugi rasanya ketika tu... fikran masih sempit........

selama aku menganggur yang ku tahu hanyalah melepak dari pagi hingga la malam... petang ja main bola itu lah aktiviti harian ku... setahun berlalu, rumah diatas air kini di robohkan atas alasan pihak kerajaan tidak mahu lagi setinggan ada di bandaraya... kami sekampung di tempatkan di Flat kurnia jaya likas... setinggan itu telah mula di bina sekitar tahun 1977 ... kg itu di beri nama Sempelang laut.. aku mula tinggal di sana pada umur 2 tahun ... semua kenangan ku dan teman2 yang lain banyak di sana.... 1/4 di sana la hidup ku bermula, rasa sedih pula bila kg tu di robohkan... hidup di flat juga tak kurang bestnya.. yala kan suasana tu sdh berubah .. ada jran baru rumah pun dah bertangga n simen pula tu... klu dulu atas jambatan , silap2 ja pasti mandila jawabnya.. heheheh jatuh la kedalam laut.... pertama kali tinggal di flat aku dan teman2 mula berkawan dengan orang2 yang kira taiko la kunu... budak likas, time tu budak2 likas ni kira kaki pukul @ pejahat di kk... 1st kenal tu kira takut juga la, tapi bila dah nak masuk 1 kepala tu kira ok plak... yang bahaya nya mereka ni banyak sangat ikut hati sendiri jarang nak guna otak...
main hentam ja tak kisah la salah mereka ka atau bukan.... yang best nya mereka ni klu dah jadi kawan terlindung pun ada.....

orang yang aku rapat time tu c nasir , dia ni kira hebat juga, badan ja kecik tapi brani ooo... mereka ni mempunyai minat yang sama ngan kami .. iaitu bolasepak... tu la cepat masuk line tu..
banyak la cerita tentang mereka2 ni..... hampir setahun juga la aku menganggur.. tanggal 1st september 2004 aku di minta melaporkan diri di Malaysia airports sdn bhd.. tak sangka aku mendapat pekerjaan hhehehee rasa bersyukur sangat bila dapat pekerjaan seolah mati hidup kembali........
bersambung.....

Friday, March 13, 2009

Kerja yang panjang.....

Penat pulak rasanya badan ku hari ni... mata plak dah ngantuk tapi apa blh buat terpaksa juga keja....... Alhamdulillah perasmian GABEM berlangsung dengan jayanya, 2 hari juga pelancaran itu berlangsung ... aku plak kena standby menjadi urusetia untuk sesi pendaftaran dan logistic...
dari pagi sampai malam la...... fuh mencabar juga la rasanya bertugas ngan orang2 dari kuala lumpur ni.. but they are so nice.....

Habis ja dr cuti sakit yang ku ambik, paginya dah kena suruh turun Overtime tuk VIP kat airport PM datang... mahu x mahu terpaksa juga pasal teman yang lain x dapat datang kerna berbagai2 urusan.. selesai ja pergerakkan vip tu , tepat jam 2 ptng tiba2 Jok call suruh standby untuk kerja2 pelancaran GABEM plak, kelam kabut di buatnya x ready nak cari pegganti keja aku kat airport , nasib baik cik liza nak ganti aku petang tu terbang juga la RM60 aku tuk 2 hari, tapi x pa bab dah janji ngan Joke handle tuk pelancaran tu.... jam 3 ptg ja aku dah kena ambik beberapa orng tuk bantu keja2 di sutera, banyak sangat benda nak kena sediakan tapi dah biasa ngan keja yang lasak bagi ku semua tu dah xda masalah.....


Selesai menyediakan barang2 untuk pelancaran dan seminar ... kami semua bergerak nak makan malam... tapi sebelum tu kena suruh lagi la beli RIBBON , ternyata salah informasi dorang nak yang telah siap tuk cenderamata , tapi yang di beli yang belum siap baru banyak bukan main.... hahahahaaa ni la kalau banyak sangat keja sampai x tentu arah di buatnya....
balik ja dari tugasan tu dah jam 12mlm... keja ka lagi ni sampai tgh mlm.....
pagi jam 7 aku dah bangun tuk ready ke pelancaran tu, nasib baik jalan pagi tu x brapa jame...
sampai ja parking kereta lagi masalah banyak sangat orang yang datang ke pelancaran tu.....pelbagai bangsa ada.... aku pun menjalankan keja yang telah di amanatkan..... Pelancaran itu berjalan dengan baik , walau pun banyak benda yang terkurang di sebabkan terlalu ramai yang menghadiri acara itu, alhamdulillah semua berpuas hati.... hari tu pulang awal ckit jam 7 mlm....

Hari ini seminar lagi berlangsung mengenai hak2 bumiputera dan cara untuk Memiliki perniagaan sendiri .... pelbagai2 soalan juga di ajukan oleh peserta... hari ni banyak sangat benda nak buat dari pendaftaran sampai la menyerahkan sijil2 kepada peserta , walaupun sijil2 tu terhad ..... banyak juga peserta bising x dapat sijil2... bikin panas juga cara dorang cakap dan susah nak bagi faham .... bising2 pun dorang akan dapat juga , kerna sijil2 tu akan di pos dari KL ke sabah..... selesai acara penutupan kami pun mengemas barang tuk di bawa pulang.... lebih2an barang tadi akan di simpan ke opis GABEM di likas plaza.. Angkat barang lagi banyak sangat...
petang yang basah di sebabkan hujan yang turun ... selesai ja mengangkat barang kami pun di pelawa tuk menjamu selera bersama2... pelbagai makanan yang di sediakan, tapi aku dah full.... x nak mengecewakan yang lain aku belasah juga.... asal ada... hehehehe... waktu dah hampir 8 mlm borak punya borak x sedar aku kena keja lagi malam ni... huh baru ja habis 1 buat lagi 1.. .. memang penat la rasanya... tapi yang best nya aku dapat pengalaman n teman baru.... malam ni sambung keja lagi.... ALHAMDULILLAH 2 hari ni aku berpuas hati dengan apa yang ku buat......
BESTTTTTTTTTTTT

Thursday, March 5, 2009

lamanya aku tak menulis di blog ni.. hampir seminggu rasanya... dalam seminggu ni banyak juga benda yang terjadi padaku... sabtu yang lalu aku bercuti , ingat nak plan hangout ngan teman2 petang ja ngan c Buta p 1 b beli barang2 lelaki n makan burger besarrr sekali... tak habis oooo sempat take away lagi rasa kenyang ja.... petang tu c along telefon nak ajak hang out so aku pun mengiya kan.. selesai jalan2 dari 1 b aku pulang kerumah untuk mandi... tiba2 joke sms aku nak bawa jamming.. aku jumpa dia di bawah n runding masa n line up.. tanda persetujuan pun termetrai, jamm jam 9.. aku suruh jumpa d studio ja kata okkk.....

sesampainya aku d studio untuk melihat ada kosong .. ternyata nama band sudah d booking..
tapi ada poblem lagi.. joke nak jemput datu d aport katanya.. jadi aku pun mulai merunding c Razi owner studio tuk di awalkan.. lama juga lah dia berfikir bab ada band awal sebelum kami nak jamm, alhamdulillah la band tu pun nak juga lewat sikit... waktu tu dah hampir jam 8 , aku kelam kabut suruh drng datang awal hampir 20 minit juga la baru band aku ni muncul rasa malu plak aku ngan c razi bab dah runding nak jamm awal.... tapi apa blh buat dah namanya kelam kabut... itu pun aku saja ja nak test distortion baru ku.... sesampainya mereka d studio aku mula mengolek wang tuk jamm, alhamdulillah cukup kami pun masuk.. lama rasanya x jamm drang drung juga la bunyinya .. dalam masa main tu tetiba plak string guiter aku putus wahhhh hancur rasanya kacau niiii.... selesai jamm yang lain pun nak balik.. aku masih lagi stay ngan joke ada cerita pasal band kami ni... nak bincang .....

hampir jam 9.10 minit mlm , joke pun nak bergerak nak jemput datuk kunu.. jadi aku pun turun ke bawah unuk berjumpa ngan c along n miss along iaitu Dja.... sesampainya aku d fook Yuen ( older station ) aku lihat mcm ramai yang stay.... aku pn memberikan salam...terus duduk d meja mereka, yang ada sana band bleeding nose member juga la nak jamm jam 10..... aku n dja cerita la ..ala cerita kosong pasal nak plan next aktiviti..... along ada cedera ckit bukan nya apa dia kekjangan otot bermain bola.... selesai lepak d fook yuen drng bawa tgk bleeding nose jamm, aku pun jin ja la... waktu dah hampir jam 11 mlm.. next destination kata along aku pun x tau nak kemana... akhirnya lepak juga d daily di sana ramai dah yang lain turun ijam , gigs, A n, n member2nya.... cong ceng cong ceng sampai la jam 2 lbh, smua pun dah lemah akhirnya mlm tu pun semua pulang kerumah masing2.......


ahad nya aku xda buat apa2 tdur ja d rumah ....... malam plak keja... isnin malam kaki ku di tendang ketika bermain futsal baru ja 5 minit main dah injured sakitnya ya Allah ... tak pernah seumur hidup aku kena kecederaan mcm ni.... dlam keadaan sakit tu sempat juga aku beli ais tuk di letakkan di buku lali ku.... jadi la aku si tempang dari gua tempurung..... nasib la ada abg jaidi blh juga tumpang minta hantar balik rumah.. aku x bawa kereta kerna kereta nak d guna ambik adik aku ....sampai d rumah punya la payah nak naik tangga berpeluh juga la... sampai d rumah aku minta bapa bakarkan halia tuk di tampal di bengkak ni supaya bengkaknya hilang... sush plak nak tdur ngan nyut2 kaki ni....


esoknya aku minta tolong ngan Nuris tuk menghantaku ke panel klinik tuk periksa keadaan kaki ku ni.. doktor tu kata mcm teruk dia hanya bagi ubat tahan sakit n cuti sakit.. memang itu yang aku nantikan cuti.. hehehehehe bukannya apa klu keja pn bukannya dapat buat apa2 pun...
aku di beri cuti selama 2 hari , kata doktor klu bengkak tu x juga hilang n masih sakit dia menyarankan aku tuk buat X ray d hospital besar takut ada yang koyak... aku mengiyakan aja....
selesai tu aku pun pulang ke rumah di bagi cutiiiii.... huhahuah.....

bosanya pulak duduk rumah ni x buat apa.... mcm cacing ke panasan plak aku... baru sehari d rumah dah tak keruan rasanya.. apa lagi klu dah 2 hari...... esoknya aku ke tempat keja joke nak cerita2 ... sampai aku d sana di bawa plak dah hantar surat jemputan untuk perasmian GABEM
yang akan berlangsung pada 12 hb ni.... satu kk di round sampai petang.. sesampai nya d rumah telefon ku berbunyi ku lihat nama yang tertera ku kenal gilaks... heheheh c tom plak @ cutes...
dia bertanyakan khabar dan bertanya soal kaki ku yang cedera.. aku terkejut mcm mana plak dia blh tau ni.. aku pun bertanya.. ternyata dia tau dari andy yg kebetulan hari tu ku temui, dia ada berjumpa ngan c tom .... aku bagitau la aku kena tendang ketika main futsal... dia bertanya juga apa plan akan datang.. mcm dia tau2 ni aku nak plan main paint ball.... aku ckp nanti aku tanya balik ngan kawan aku yang ada tempat main tu.... mlm tu aku pun lepak ngan c buta layan dia lagi.... hehehehe sampai pagi juga la ada sabry, gadafi n cal....

petang tadi baru aku terbangun hampir jam 3 juga la... lamanya aku tidur badan pun lenguh semua.... tom menelfon ku lagi bertanyakan khabar .. tapi cerita tu panjang sangat hehehe mcm2 juga la cerita pasal c bacat n cinta nya... hehehehe
terkejut juga rasanya bila dia sebut nama llki tu..mmmm aku pn bagi pendapat juga pasal benda ni takut plak aku nanti terjadi benda yang sama.. bila d fkr balik2 x salah juga klu dia nak cuba... tapi llki tu dah ada awek.. tapi katanya biarlah perasaanya tu... aku pun mengiyakan juga... cuba2 la juga orang baru.. mana tau kan jumpa plak dalam masa terdekat ni.... hehehehe aiiiiiiii
malam ni keja plak, walaupun kaki ni x berapa ok.. tapi apa blh buat cuti ku dah habis huahuahuahauahauahuaaaaaaaa.........................................

Friday, February 27, 2009

Penatnya Hari ni....

Rasa penat pulak hari ni tapi best la , seharian ni banyak keja nak buat x juga membuang masa...
dapat juga aku menunaikan solat jumaat hari ni , tapi yang lawaknya hari ni, aku x pernah bawa handphone ke masjid, ni gara2 jok la nak bawa jumpa dalam masjid takut x terjumpa ....

dalam masa menunaikan solat jumaat tu tiba-tiba ja handphone aku berbunyi.. terkejut rasanya, pelan2 ku matikan.. takut menggangu yang lain... Alhamdulillah juga lah solat ku akhirnya selesai... sekali tgk ibu yang menelfon ku.... memang dah ku jangka dari mula lagi kerna hari itu hujan lebat .. takut xda yang hantar adik ke tempat keja.. bapa lagi naik motor ... cepat2 ku pulang kerumah setelah menghantar joke ketempat keja...

Sesampai nya ku d rumah bapa dah bersiap memakai pakaian hujan nak hantar adik.. kebetulan rojan juga pulang tgh hari tu.. aku pun bersiap terus nak ke tempat keja, ku biarkan kereta d rumah n menyuruh rojan menghantar adik.... aku pun menegur ibu.. "napa kol aku.. tym org solat lagi tu.." ibu pn membalas " mana la aku tau ingat dah habis" aiiiiii....

siap ja aku terus ambik helmet n kunci motor... kelam kabut nak cepat takut kebasahan....
Al hamdulillah juga sampai ja d opis masih dalam keadaan kering... hehehehehee

Niat ku membelikan tom rantai telah termakbul... dan telah kuserahkan tapi x bagi pakai tangan main ampai ja kat laptop.. bukan apa aku x mau dengar cakapnya, mcm2 yang keluar dari mulutnya tu la main ampai ja t... sory tom aaaa next time serah terus d tangan hehehehe.... yang penting janji aku dah tertunai.... best juga la semalam beramai2 dirumah tom.. macam ada party ja... next time lagi la beramai2......

Tuesday, February 24, 2009

Kehadiranku eps 3

Syukur Alhamdulillah, hari ini aku masih di beri peluang untuk menulis ceritera hidupku...
hari ini aku bertugas malam, hati ku tenang setelah menerima panggilan dr Tom , segala kegusaranku mulai reda setelah membaca blognya dan kata2 nya tadi...


Hidup ini umpama roda yang berputar, kdang kita di atas , kadang kita di bawah...
kita harus menerima segala Qada dan Qadar Allah dengan hati yang terbuka, kerna semua itu ketentuan NYa....

masa berjalan sangat pantas sehinggakan aku lupa zaman remaja ku telah berlalu, banyak suka dan duka yang telah di lalui kala bersama juga sendiri...kadang rasa menyesal pun ada tapi itulah kenyataan yang harus ku terima... ketika itu aku tidak pernah menghiraukan kata2 ibu dan bapaku yang ku tahu hanya nak seronok .. setiap hujung minggu ja mesti hang out ngan teman sekolah, bila waktu sekolah ja aku banyak membuang masa dengan bermain, tak kira la mata pelajaran apa saja, aku tidak pernah mengambil perhatian apa yang guruku ajar,aku juga sering menggangu teman2 ku.. (nakal sangat) , setelah naik ke tingkatan Lima aku mulai bertambah nakal sedangkan tahun tu tahun penentuan setiap pelajar untuk menentukan masa depan masing2 sedangkan aku hanya tahu seronok, apatah lagi di rumah x pernah nak buat ulangkaji, ibu hanya asyik membebel soal pelajaran aku, aku hanya buat endah x endah.. bodoh sangat rasanya bila nak di ingat kembali.... aku bukan dari keluarga yang senang bapa ku hanya seorang buruh kasar ibu pulak suri rumah sepenuh masa... sedih rasanya bila di ingat ..

Aku mulai mengenal arak n dadah disaat umur yang terlalu muda, syukur alhamdulillah aku cepat tersedar, dadah hanya sebulan ku ambik, itupun saja nak cuba ... semua teman sekampung pun terjebak sama... mujurlah abg angkat yang menyedarkanku.. sebiji juga la kena penampar yang membuatkan aku meninggal kan benda jahanam tu, mereka pun x menyangka yang aku boleh mengambil benda tu.. kata2 abang angkat ku membuat kan ku menangis ketika itu dan terus ku langkahkan kaki ke masjid juga kebetulan hari itu hari jumaat dan aku bersumpah tidak akan sekali2 mngambil lagi...... Alhamdulillah Allah membuka hati ku supaya tidak meneruskan tabiat itu... itu lah perbuatan paling buruk ku lakukan.... DAdah sudah ku jauhi, tapi Arak masih lagi ku teguk setiap malam, itu lah tabiat yang sukar ku buang pada ketika itu ... aku pun x tahu mengapa aku harus meminum kencing syaitan tu.......pada umur ini lah aku kenal dunia music, aku mula bermain band bersama teman2 ... fuh best sehingga lah sekarng...

setelah tamat SPM aku banyak bersama kuarga angkat ku, di sana lah aku banyak belajar bagaimana mencari pendapatan sendiri, aku maju setapak lagi smua kerja ku lakukan hanya untuk mencari duit poket ... membuat banner, kerja buruh juga ku lakukan x kisah la janji duit tu halal biar penat sekali pun di saat itu la aku mula berfikir dan tidak mahu mengikut cara teman2 ku yang lain bagi ku hidup ku adalah jalan ku sendiri aku yang mencorakkan nya...
keputusan SPM pun keluar , aku kecewa dengan keputusan ku ternyata aku hanya lulus dengan keputusan itu... aku buntu untuk menyambung pelajaran ku tambahan lagi adik2 yang masih sekolah serta pendapatan bapa yang tak seberapa ku batalkan niat ku untuk menyambung pelajaran di bidang kemahiran.... susah rasanya hidup pada ketika itu hanya seketika bekerja dan pendapatan pun x seberapa , tapi aku tetap bersyukur di beri rezeki oleh Allah SWT...

Bersambung...

Monday, February 23, 2009

eps 2 Ada apa dengan cinta???

ingin ku akhiri ceritera ini... aku hanya mampu berserah Pada Allah Swt...

genap la sudah sebulan 11 hari kisah cinta mereka, setelah 9 tahun melaluinya.....
dalam masa sebulan ini, aku sering mendekatinya , menemaninya, menanya keadaannya...
Aku bersyukur sedikit sebanyak dia semakin kuat mengharungi hari2 kekecewaan, kepedihan , keterlukaan oleh insan yang bernama lelaki..... Malah hati ini terasa sedikit gembira melihat gelak tawanya semula, walaupun jauh di sudut hatinya masih wujud perasaan kasih dan sayang pada lelaki itu... memang sukar untuk dilupakan hubungan yg telah terjalin sekian lama dengan segala pengorbanan yg telah di lakukan.........

setelah bertemu nya kemarin @ yesterday , aku semakin yakin melihat keadaanya, makan yg yang kuat siap beli tapau lagi, nasi goreng oooo.... hati ku gembira sekali, dengan kehadiran teman2 membuatkan dia happy.. tambahan lagi sudah memiliki camera D90 yang baru di beli sabtu lalu, itu lah idamannya.... segala kegundahan hati ku kini mulai reda melihat keriangannya kemarin...... Alhamdulillah Ya Allah.. hati ku mengucapkan syukur....

Hari ini, dia menelfon ku dengan nada yang tidak ku ingin dengar, bayangan nada itu mengambarkan keluarnya titisan airmata... dia memberitahu ku ,si lelaki itu telah mengemailnya
dan aku terus tidak terkata apa, mendengar kata2nya.... aku memberitahunya bahawa aku msih bertugas, esok saja akan kutemui, dan aku hanya suruh dia hentikan tangisan dan tabah... hanya itu yang mampu ku lakukan.... dalam hati ku, terasa seolah2 di goncang untuk menemuinya... lalu ku teruskan niat itu untuk menemuinya...... walaupun masih waktu bekerja..
dalam perjalanan itu pelbagai persoalan terkluar dr kepala ku...

Setibanya ku di sana, ku melihat dia nampak sugul sekali... riak tawa, keceriaan hilang begitu saja, hanya yang nampak kesedihan dan kepiluan ntah apa yang bermain di hatinya pada ketika ini..... aku mula membuka cerita , dia menyatakan bahawa lelaki itu meluahkan rasa kekesalan n tidak pantas di maafi, segala curahan hati dan mengakui kesilapannya yang di lakukan selama ini............. rasa kasihan mulai mbelengu dirinya, seiring airmata yang mengalir dengan kata2nya, membuat kan ku terdiam dan sedih sekali... rasa marah juga ada tapi apalah daya ku???? hanya mampu memberi sekali lagi sokongan untuk dia lebih tabah .. di saat dia terjatuh aku hanya mampu mengulurkan tangan ntuk membangkitkan semula semangat dalam dirinya

Dia hanya seorang wanita yang mempunyai kelemahan, begitu juga kita semua makhluk Allah di dunia ini... cinta la banyak membuatkan seorang manusia itu berubah dan banyak memberi kesedaran betapa cinta itu indah, bila kita tahu menghargai sebuah perhubungan.... cinta bukan untuk memilki, cinta juga merelakan seseorang yang kita cintai memperolehi kebahagian... masih ramai diluar sana yang tidak memiliki cinta , bersyukur la kepada mereka2 yang dicintai..
bila memperolehi cinta hargai la jangan sesekali melepaskannya .... bila ia sudah hilang sukar untuk kita memperolehinya kembali.....


" engkau telah membuka mata setiap teman mu untuk menghargai cinta ...."

tamat.......

Friday, February 20, 2009

eps 1 Ada Apa Dengan Cinta????

CINTA....
ADA APA DENGAN CINTA????
berapa ramaikah orang mengenal cinta???
siapakah yang berhak mendapat cinta???
siapa kah memiliki cinta sejati????



Bila di soal tentang Cinta padaku... aku hanya tertawa .... ntahla adakah aku ni tidak mempunyai perasaan ... hahahahahaaa , mencari cinta yang sebenar bukan suatu perkara mudah bagiku, dalam memilih pun aku rasakan teramatlah susah.....

Dia ku kenal 4 tahun yang lalu, aku mengenalinya melalui BFnya juga sahabatku.... dalam perkenalan itu aku sudah senang bercerita dengannya, dia juga seorang yang amat peramah....
bila sudah lama mengenalinya dia bagiku bagaikan seorang yang senang untuk di bawa berbincang mengenai hal2 tertentu, dia juga la tempatku meminta nasihat juga tempat ku meluahkan segala masalahku....

Aku rasa amat bersyukur dapat mengenali nya.....aku juga pernah berkata dalam hati ni bahawa sahabat ku adalah insan yang amat bertuah memiliki seorang wanita yang sangat baik budi perketinya,sopan santun, berbudi bahasa, bagiku dia amatlah sempurna untuk di jadikan permaisuri di hati insan2 yang di gelar lelaki...

Tetapi ternyata sangkaan aku jauh terpelanting dari raelitinya... hubungan yang selama ini ku rasakan berakhir di jinjang pelamin, musnah,hancur bagaikan sebuah kapal di bom oleh lanun.. di sebabkan oleh orang ke-3 juga mainan perasaan BFnya.... Hubungan 9 tahun itu berakhir pada 12 januari 2009 , dari tarikh itu lah sehingga sekarang aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka sudah tidak bersama lagi...

Dulu dia pernah dilukai oleh orang yang sama, malah dia membukakan hatinya untuk menerimanya kembali, tetapi kenapa kesilapan lampau itu masih di ulang kembali....
apakah yang di cari??? berlian di dalam peti di lupakan tapi mutiara di dasar laut yang di cari yang tidak pasti rupa bentuknya....

Ya , Allah kenapa begini dugaan kau berikan kepada dia , aku hanya dapat membantu dengan memberikan kata2 semangat untuk dia terus tabah, segalanya pasti ada hikmahnya... jauh di sudut hatiku, aku menangis melihat keadaannya yang dulunya ceria kini muram hampa....
sampai bilakah dia mampu bertahan dengan perasaan itu???? hanya masa yang dapat menentukannya....
bersambung....

Thursday, February 19, 2009

Jumaat Ini (kerjalah lalalalaaaaaaaaaa)

Hari jumaat adalah hari yang baik untuk kita menghayati nya.....
hari ini aku tidak dapat menunaikan solat jumaat yang biasa ku jalan kan di masjid bandaraya...
di sebabkan tugas dalam syif ....
Kerja...kerja...kerja...kerja.... itu ja la yang sering di buat oleh setiap insan waras di muka bumi ini, hanya untuk memenuhi keperluan hidup , aku teringat seorang teman ku yang selalu menyebut soal kerja "kerja untuk makan , makan untuk kerja" kalau di ingat kembali rasa lucu dengan gelagat nya yang sering melawak bersama bos2 ku.....
sekarang dia telah berada di pulau pinang untuk kem latihan menjadi seorang polis bantuan di airport ni juga...... bulan jun akan datang baru la dia akan masuk semula bertugas di KKIA sabah
x sabar rasanya nak lihat perkembangan nya adakah slim atau makin hitam @ gelap hahahahaaaaaaaa.....
waktu sudah menunjukkan jam 1500hrs tiba masanya untuk aku pulang kerumah... punchcard ku juga telah di ketik oleh member ku.... mari Pulanggggg
Malam ni sambung lagi keja... hheheheh ( overtime la katakan ... nak cari duit lebih harus banyak berusaha walau mata mengantuk dan badan letih , semua tu tergantung ngan diri kita kan... ) salammmmmmm

kehadiran ku eps 2...

Hari ini aku menyambung lagi cerita , walaupun sedang bertugas aku mengambil masa sedikit untuk menulis dalam blog ini... heheheh ( curi-curi masa bha )....

Ketika berumur 12 tahun barulah aku bebas keluar dari kandang ku iaitu rumah ku, selama ini ibu tidak pernah menyuruh kami adik beradik keluar dr rumah,walau hanya untuk bermain dengan teman2... selesai sekolah kami terus di jaga dan di suruh tidur oleh ibu.... bagi ku itu satu kebaikan untuk diri ku n adik beradik ku....

Mengenal dunia luar membuat kan aku syok, bermain bersama teman2 sehinggakan hari yang panas tak terasa hehehehe best sekali waktu zaman kanak2 x perlu risau klu duit xda janji puas bermain....
Rasa sedih pun ada bila meninggalkan zaman itu, tapi itulah kenyataan yang harus diterima semakin hari kita semakin dewasa............

ketika berumur 15 tahun aku mula mengenal wanita, ntah la kali sdh akil baligh ya.. hehehehehee.... ketika itu smua best ja klu di ingatkan kan kembali rasa tergelak pn ada, apa x nya baru jumpa sekali dah bawa couple x tau lagi apa2, main on ja... hahahahahahahahahahaaaa
tapi itu percintaan sang kera n ci babun hubungan itu hanya bertahan 3 bulan ja... budak2kan.....

setelah tamat PMR baru lah aku merasa perlu mencari sendiri erti kehidupan ku ..... huhuhuuuu mencari identiti ketika itu amat lah susah kerana tidak ada pengalaman kecuali teman yang sebaya juga tidak mengerti soal kehidupan..... aku mula bergaul ngan abang2 yang lebih tua dari ku, mereka banyak mengajar aku erti sebuah persahabatan dan memberi banyak galakan, walaupun ketika itu aku hanya baru belasan tahun.....
Aku kenal dengan sebuah keluarga yang juga menganggap aku bagai kan anak mereka, walaupun tiada hubungan darah tapi tali persaudaraan dalam islam menjadi pegangan mereka...
setiap hujung minggu saja aku pasti akan tidur di rumah mereka sehingga la waktu persekolahan bermula lagi ( hari isnin ), Ibu dan bapa ku tidak pernah memarahi ku kerana aku telah pun meminta izin untuk tinggal bersama setiap hujung minggu, hanya bila waktu makan saja baru la aku pulang kerumah... heheheh ( masih malu2 )..... teman2 ku selalu mengejek ku dan memanggil ku orang tua kerana aku selalu bergaul dengan orang yang lebih tua , tapi ejekan itu membuatkan aku lebih bersemangat untuk mencari identiti ku sendiri........

bersambung.....

Kekejaman Rejim Zionis( jahanam )





































Allahuakhbar,Allahuakhbar,Allahuakhbar....








Laungan saudara2 islam kita di bumi Palestine Menentang kekejaman Rejim Zionis ( jahanam ) yang tidak kenal erti maksud kemanusian.... Sampai bilakah peperangan ini berakhir?? Adakah sehingga bumi ini hancur ( kiamat ) barulah perang ini akan berakhir........








Tangisan anak kecil juga ahli keluarga mangsa bedilan bom yang tidak bermata dan meletup bagai kan pesta, meragut kebahagian anak2 ini , yang dewasa keluar untuk menentang, mempertahankan negara yg tercinta walau hanya berbekalkan bom botol ,batu- batu juga senjata yang tidak la seberapa canggih hanya untuk menghalau jahanam2 yang memusnahkan negara , kehidupan, dan rumah mereka....kemanakah perginya rasa kemanusian dalam hati seorang yang bernama manusia, hilang bila syaitan yang bertanduk serta sekutu bersemadi di hati bangsat2 ini....








Sedarkah kita betapa kita amannya tinggal di Bumi malaysia yang tenteram , damai tanpa ada sedikit ketakutan walau pun terkadang rasa itu wujud...si ibu menanti kepulangan anak dr sekolah , si ayah mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kehidupan....








Sampai bilakah keamanan itu bertahan???? Kita hanya mampu berserah kepada Yang Maha Esa, Marilah kita sama2 mendoakan keamanan ini berlanjutan serta berilah sumbangan kepada saudara2 islam kita di Gaza.....

Wednesday, February 18, 2009

Kehadiran ku.. eps ( 1 )

Kehadiran ku....

Bermula cerita ku sejak aku di lahirkan kedunia, jatuh pada tanggal 26 november 1983 keluarlah aku dr rahim ibuku waktu itu sang suria baru menjelma kan wajahnya.... aku di sambut oleh nenek ku juga sebagai bidan ibu... ( hebatkan nenek ku ) , dengan rambut yg lebat serta badan yg agak gempal2 aku di beri nama ijul bukan nama sebenar hanya timangan... nama sebenar ku ialah sinchan hahahahahaa ( gurau3) Mohd . Azizul itu lah nama yg tercatat di dalam surat beranak ku.........

Tuesday, February 17, 2009

eh.. lupa title la pulak...

Hari ni aku p ttpt keja tom... kacau dia buat keja... teda2 ni.. dia bilang aku penyibuk...