Tuesday, March 31, 2009

amalan bangsa yahudi dalam melahirkan generasi yg bijak.....

aku terbaca dalam blog yg baru di beritahu oleh teman ku...
sama2 la kita memikirkannya....



tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik. Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA. Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?

Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.



Monday, March 23, 2009

Kehadiran ku eps 4

sepanjang kehidupan ni aku telah banyak melalui hari2 yang indah dan tak seberapa pahitnya .. tak sepahit secangkir kopi juga tak sepahitnya hempedu..... erti kata lain masam manis manusia.. aku sangat bersyukur kepada Allah SWT di beri banyak peluang dalam memilih jalan ku sendiri
walau pun di kelilingi onak dan duri yg tak setajam duri kasturi ....

selepas 2 tahun x bekerja , akhirnya aku telah mendapat pekerjaan di Sutera Harbour , hanya sebagai technical sevices.. kerja ku cuma mengecat dinding hotel n bilik2nya walaupn dalam kontrak aku bersyukur sekurang2nya aku mempunyai pendapatan sendiri.. tapi yang tak bestnya aku akan terima gaji seminggu sekali mesti susah nak budget tuk simpanan n perbelanjaan harian... sepanjang bertugas di sana banyak juga kenangan manis bersama teman2 yang segila aku... hahahahaaaa apa tidaknya group ku semuanya dr perumahan yang sama jadi tal hairan la klu kepala tu gila2 lagi pun xda yang terlalu tua dr kami sekalian, rata2 seangkatan... aku telah bertugas di sana selama 9 bulan ,akhirnya akmi semua di berhentikan atas kekurangan pelancong yang menginap d sana, time tu penyakit SARS heboh di kalangan pelancong china.... aku menganggur lagi, sepanjang bekerja di sutera harbour tu sedikit wang pun aku tak pernah sekali pun menyimpan apatah lagi punya akaun di bank.... setiap kali gaji ja mesti separuh dari wang ku habis di meja snooker ... rugi rasanya ketika tu... fikran masih sempit........

selama aku menganggur yang ku tahu hanyalah melepak dari pagi hingga la malam... petang ja main bola itu lah aktiviti harian ku... setahun berlalu, rumah diatas air kini di robohkan atas alasan pihak kerajaan tidak mahu lagi setinggan ada di bandaraya... kami sekampung di tempatkan di Flat kurnia jaya likas... setinggan itu telah mula di bina sekitar tahun 1977 ... kg itu di beri nama Sempelang laut.. aku mula tinggal di sana pada umur 2 tahun ... semua kenangan ku dan teman2 yang lain banyak di sana.... 1/4 di sana la hidup ku bermula, rasa sedih pula bila kg tu di robohkan... hidup di flat juga tak kurang bestnya.. yala kan suasana tu sdh berubah .. ada jran baru rumah pun dah bertangga n simen pula tu... klu dulu atas jambatan , silap2 ja pasti mandila jawabnya.. heheheh jatuh la kedalam laut.... pertama kali tinggal di flat aku dan teman2 mula berkawan dengan orang2 yang kira taiko la kunu... budak likas, time tu budak2 likas ni kira kaki pukul @ pejahat di kk... 1st kenal tu kira takut juga la, tapi bila dah nak masuk 1 kepala tu kira ok plak... yang bahaya nya mereka ni banyak sangat ikut hati sendiri jarang nak guna otak...
main hentam ja tak kisah la salah mereka ka atau bukan.... yang best nya mereka ni klu dah jadi kawan terlindung pun ada.....

orang yang aku rapat time tu c nasir , dia ni kira hebat juga, badan ja kecik tapi brani ooo... mereka ni mempunyai minat yang sama ngan kami .. iaitu bolasepak... tu la cepat masuk line tu..
banyak la cerita tentang mereka2 ni..... hampir setahun juga la aku menganggur.. tanggal 1st september 2004 aku di minta melaporkan diri di Malaysia airports sdn bhd.. tak sangka aku mendapat pekerjaan hhehehee rasa bersyukur sangat bila dapat pekerjaan seolah mati hidup kembali........
bersambung.....

Friday, March 13, 2009

Kerja yang panjang.....

Penat pulak rasanya badan ku hari ni... mata plak dah ngantuk tapi apa blh buat terpaksa juga keja....... Alhamdulillah perasmian GABEM berlangsung dengan jayanya, 2 hari juga pelancaran itu berlangsung ... aku plak kena standby menjadi urusetia untuk sesi pendaftaran dan logistic...
dari pagi sampai malam la...... fuh mencabar juga la rasanya bertugas ngan orang2 dari kuala lumpur ni.. but they are so nice.....

Habis ja dr cuti sakit yang ku ambik, paginya dah kena suruh turun Overtime tuk VIP kat airport PM datang... mahu x mahu terpaksa juga pasal teman yang lain x dapat datang kerna berbagai2 urusan.. selesai ja pergerakkan vip tu , tepat jam 2 ptng tiba2 Jok call suruh standby untuk kerja2 pelancaran GABEM plak, kelam kabut di buatnya x ready nak cari pegganti keja aku kat airport , nasib baik cik liza nak ganti aku petang tu terbang juga la RM60 aku tuk 2 hari, tapi x pa bab dah janji ngan Joke handle tuk pelancaran tu.... jam 3 ptg ja aku dah kena ambik beberapa orng tuk bantu keja2 di sutera, banyak sangat benda nak kena sediakan tapi dah biasa ngan keja yang lasak bagi ku semua tu dah xda masalah.....


Selesai menyediakan barang2 untuk pelancaran dan seminar ... kami semua bergerak nak makan malam... tapi sebelum tu kena suruh lagi la beli RIBBON , ternyata salah informasi dorang nak yang telah siap tuk cenderamata , tapi yang di beli yang belum siap baru banyak bukan main.... hahahahaaa ni la kalau banyak sangat keja sampai x tentu arah di buatnya....
balik ja dari tugasan tu dah jam 12mlm... keja ka lagi ni sampai tgh mlm.....
pagi jam 7 aku dah bangun tuk ready ke pelancaran tu, nasib baik jalan pagi tu x brapa jame...
sampai ja parking kereta lagi masalah banyak sangat orang yang datang ke pelancaran tu.....pelbagai bangsa ada.... aku pun menjalankan keja yang telah di amanatkan..... Pelancaran itu berjalan dengan baik , walau pun banyak benda yang terkurang di sebabkan terlalu ramai yang menghadiri acara itu, alhamdulillah semua berpuas hati.... hari tu pulang awal ckit jam 7 mlm....

Hari ini seminar lagi berlangsung mengenai hak2 bumiputera dan cara untuk Memiliki perniagaan sendiri .... pelbagai2 soalan juga di ajukan oleh peserta... hari ni banyak sangat benda nak buat dari pendaftaran sampai la menyerahkan sijil2 kepada peserta , walaupun sijil2 tu terhad ..... banyak juga peserta bising x dapat sijil2... bikin panas juga cara dorang cakap dan susah nak bagi faham .... bising2 pun dorang akan dapat juga , kerna sijil2 tu akan di pos dari KL ke sabah..... selesai acara penutupan kami pun mengemas barang tuk di bawa pulang.... lebih2an barang tadi akan di simpan ke opis GABEM di likas plaza.. Angkat barang lagi banyak sangat...
petang yang basah di sebabkan hujan yang turun ... selesai ja mengangkat barang kami pun di pelawa tuk menjamu selera bersama2... pelbagai makanan yang di sediakan, tapi aku dah full.... x nak mengecewakan yang lain aku belasah juga.... asal ada... hehehehe... waktu dah hampir 8 mlm borak punya borak x sedar aku kena keja lagi malam ni... huh baru ja habis 1 buat lagi 1.. .. memang penat la rasanya... tapi yang best nya aku dapat pengalaman n teman baru.... malam ni sambung keja lagi.... ALHAMDULILLAH 2 hari ni aku berpuas hati dengan apa yang ku buat......
BESTTTTTTTTTTTT

Thursday, March 5, 2009

lamanya aku tak menulis di blog ni.. hampir seminggu rasanya... dalam seminggu ni banyak juga benda yang terjadi padaku... sabtu yang lalu aku bercuti , ingat nak plan hangout ngan teman2 petang ja ngan c Buta p 1 b beli barang2 lelaki n makan burger besarrr sekali... tak habis oooo sempat take away lagi rasa kenyang ja.... petang tu c along telefon nak ajak hang out so aku pun mengiya kan.. selesai jalan2 dari 1 b aku pulang kerumah untuk mandi... tiba2 joke sms aku nak bawa jamming.. aku jumpa dia di bawah n runding masa n line up.. tanda persetujuan pun termetrai, jamm jam 9.. aku suruh jumpa d studio ja kata okkk.....

sesampainya aku d studio untuk melihat ada kosong .. ternyata nama band sudah d booking..
tapi ada poblem lagi.. joke nak jemput datu d aport katanya.. jadi aku pun mulai merunding c Razi owner studio tuk di awalkan.. lama juga lah dia berfikir bab ada band awal sebelum kami nak jamm, alhamdulillah la band tu pun nak juga lewat sikit... waktu tu dah hampir jam 8 , aku kelam kabut suruh drng datang awal hampir 20 minit juga la baru band aku ni muncul rasa malu plak aku ngan c razi bab dah runding nak jamm awal.... tapi apa blh buat dah namanya kelam kabut... itu pun aku saja ja nak test distortion baru ku.... sesampainya mereka d studio aku mula mengolek wang tuk jamm, alhamdulillah cukup kami pun masuk.. lama rasanya x jamm drang drung juga la bunyinya .. dalam masa main tu tetiba plak string guiter aku putus wahhhh hancur rasanya kacau niiii.... selesai jamm yang lain pun nak balik.. aku masih lagi stay ngan joke ada cerita pasal band kami ni... nak bincang .....

hampir jam 9.10 minit mlm , joke pun nak bergerak nak jemput datuk kunu.. jadi aku pun turun ke bawah unuk berjumpa ngan c along n miss along iaitu Dja.... sesampainya aku d fook Yuen ( older station ) aku lihat mcm ramai yang stay.... aku pn memberikan salam...terus duduk d meja mereka, yang ada sana band bleeding nose member juga la nak jamm jam 10..... aku n dja cerita la ..ala cerita kosong pasal nak plan next aktiviti..... along ada cedera ckit bukan nya apa dia kekjangan otot bermain bola.... selesai lepak d fook yuen drng bawa tgk bleeding nose jamm, aku pun jin ja la... waktu dah hampir jam 11 mlm.. next destination kata along aku pun x tau nak kemana... akhirnya lepak juga d daily di sana ramai dah yang lain turun ijam , gigs, A n, n member2nya.... cong ceng cong ceng sampai la jam 2 lbh, smua pun dah lemah akhirnya mlm tu pun semua pulang kerumah masing2.......


ahad nya aku xda buat apa2 tdur ja d rumah ....... malam plak keja... isnin malam kaki ku di tendang ketika bermain futsal baru ja 5 minit main dah injured sakitnya ya Allah ... tak pernah seumur hidup aku kena kecederaan mcm ni.... dlam keadaan sakit tu sempat juga aku beli ais tuk di letakkan di buku lali ku.... jadi la aku si tempang dari gua tempurung..... nasib la ada abg jaidi blh juga tumpang minta hantar balik rumah.. aku x bawa kereta kerna kereta nak d guna ambik adik aku ....sampai d rumah punya la payah nak naik tangga berpeluh juga la... sampai d rumah aku minta bapa bakarkan halia tuk di tampal di bengkak ni supaya bengkaknya hilang... sush plak nak tdur ngan nyut2 kaki ni....


esoknya aku minta tolong ngan Nuris tuk menghantaku ke panel klinik tuk periksa keadaan kaki ku ni.. doktor tu kata mcm teruk dia hanya bagi ubat tahan sakit n cuti sakit.. memang itu yang aku nantikan cuti.. hehehehehe bukannya apa klu keja pn bukannya dapat buat apa2 pun...
aku di beri cuti selama 2 hari , kata doktor klu bengkak tu x juga hilang n masih sakit dia menyarankan aku tuk buat X ray d hospital besar takut ada yang koyak... aku mengiyakan aja....
selesai tu aku pun pulang ke rumah di bagi cutiiiii.... huhahuah.....

bosanya pulak duduk rumah ni x buat apa.... mcm cacing ke panasan plak aku... baru sehari d rumah dah tak keruan rasanya.. apa lagi klu dah 2 hari...... esoknya aku ke tempat keja joke nak cerita2 ... sampai aku d sana di bawa plak dah hantar surat jemputan untuk perasmian GABEM
yang akan berlangsung pada 12 hb ni.... satu kk di round sampai petang.. sesampai nya d rumah telefon ku berbunyi ku lihat nama yang tertera ku kenal gilaks... heheheh c tom plak @ cutes...
dia bertanyakan khabar dan bertanya soal kaki ku yang cedera.. aku terkejut mcm mana plak dia blh tau ni.. aku pun bertanya.. ternyata dia tau dari andy yg kebetulan hari tu ku temui, dia ada berjumpa ngan c tom .... aku bagitau la aku kena tendang ketika main futsal... dia bertanya juga apa plan akan datang.. mcm dia tau2 ni aku nak plan main paint ball.... aku ckp nanti aku tanya balik ngan kawan aku yang ada tempat main tu.... mlm tu aku pun lepak ngan c buta layan dia lagi.... hehehehe sampai pagi juga la ada sabry, gadafi n cal....

petang tadi baru aku terbangun hampir jam 3 juga la... lamanya aku tidur badan pun lenguh semua.... tom menelfon ku lagi bertanyakan khabar .. tapi cerita tu panjang sangat hehehe mcm2 juga la cerita pasal c bacat n cinta nya... hehehehe
terkejut juga rasanya bila dia sebut nama llki tu..mmmm aku pn bagi pendapat juga pasal benda ni takut plak aku nanti terjadi benda yang sama.. bila d fkr balik2 x salah juga klu dia nak cuba... tapi llki tu dah ada awek.. tapi katanya biarlah perasaanya tu... aku pun mengiyakan juga... cuba2 la juga orang baru.. mana tau kan jumpa plak dalam masa terdekat ni.... hehehehe aiiiiiiii
malam ni keja plak, walaupun kaki ni x berapa ok.. tapi apa blh buat cuti ku dah habis huahuahuahauahauahuaaaaaaaa.........................................

Friday, February 27, 2009

Penatnya Hari ni....

Rasa penat pulak hari ni tapi best la , seharian ni banyak keja nak buat x juga membuang masa...
dapat juga aku menunaikan solat jumaat hari ni , tapi yang lawaknya hari ni, aku x pernah bawa handphone ke masjid, ni gara2 jok la nak bawa jumpa dalam masjid takut x terjumpa ....

dalam masa menunaikan solat jumaat tu tiba-tiba ja handphone aku berbunyi.. terkejut rasanya, pelan2 ku matikan.. takut menggangu yang lain... Alhamdulillah juga lah solat ku akhirnya selesai... sekali tgk ibu yang menelfon ku.... memang dah ku jangka dari mula lagi kerna hari itu hujan lebat .. takut xda yang hantar adik ke tempat keja.. bapa lagi naik motor ... cepat2 ku pulang kerumah setelah menghantar joke ketempat keja...

Sesampai nya ku d rumah bapa dah bersiap memakai pakaian hujan nak hantar adik.. kebetulan rojan juga pulang tgh hari tu.. aku pun bersiap terus nak ke tempat keja, ku biarkan kereta d rumah n menyuruh rojan menghantar adik.... aku pun menegur ibu.. "napa kol aku.. tym org solat lagi tu.." ibu pn membalas " mana la aku tau ingat dah habis" aiiiiii....

siap ja aku terus ambik helmet n kunci motor... kelam kabut nak cepat takut kebasahan....
Al hamdulillah juga sampai ja d opis masih dalam keadaan kering... hehehehehee

Niat ku membelikan tom rantai telah termakbul... dan telah kuserahkan tapi x bagi pakai tangan main ampai ja kat laptop.. bukan apa aku x mau dengar cakapnya, mcm2 yang keluar dari mulutnya tu la main ampai ja t... sory tom aaaa next time serah terus d tangan hehehehe.... yang penting janji aku dah tertunai.... best juga la semalam beramai2 dirumah tom.. macam ada party ja... next time lagi la beramai2......

Tuesday, February 24, 2009

Kehadiranku eps 3

Syukur Alhamdulillah, hari ini aku masih di beri peluang untuk menulis ceritera hidupku...
hari ini aku bertugas malam, hati ku tenang setelah menerima panggilan dr Tom , segala kegusaranku mulai reda setelah membaca blognya dan kata2 nya tadi...


Hidup ini umpama roda yang berputar, kdang kita di atas , kadang kita di bawah...
kita harus menerima segala Qada dan Qadar Allah dengan hati yang terbuka, kerna semua itu ketentuan NYa....

masa berjalan sangat pantas sehinggakan aku lupa zaman remaja ku telah berlalu, banyak suka dan duka yang telah di lalui kala bersama juga sendiri...kadang rasa menyesal pun ada tapi itulah kenyataan yang harus ku terima... ketika itu aku tidak pernah menghiraukan kata2 ibu dan bapaku yang ku tahu hanya nak seronok .. setiap hujung minggu ja mesti hang out ngan teman sekolah, bila waktu sekolah ja aku banyak membuang masa dengan bermain, tak kira la mata pelajaran apa saja, aku tidak pernah mengambil perhatian apa yang guruku ajar,aku juga sering menggangu teman2 ku.. (nakal sangat) , setelah naik ke tingkatan Lima aku mulai bertambah nakal sedangkan tahun tu tahun penentuan setiap pelajar untuk menentukan masa depan masing2 sedangkan aku hanya tahu seronok, apatah lagi di rumah x pernah nak buat ulangkaji, ibu hanya asyik membebel soal pelajaran aku, aku hanya buat endah x endah.. bodoh sangat rasanya bila nak di ingat kembali.... aku bukan dari keluarga yang senang bapa ku hanya seorang buruh kasar ibu pulak suri rumah sepenuh masa... sedih rasanya bila di ingat ..

Aku mulai mengenal arak n dadah disaat umur yang terlalu muda, syukur alhamdulillah aku cepat tersedar, dadah hanya sebulan ku ambik, itupun saja nak cuba ... semua teman sekampung pun terjebak sama... mujurlah abg angkat yang menyedarkanku.. sebiji juga la kena penampar yang membuatkan aku meninggal kan benda jahanam tu, mereka pun x menyangka yang aku boleh mengambil benda tu.. kata2 abang angkat ku membuat kan ku menangis ketika itu dan terus ku langkahkan kaki ke masjid juga kebetulan hari itu hari jumaat dan aku bersumpah tidak akan sekali2 mngambil lagi...... Alhamdulillah Allah membuka hati ku supaya tidak meneruskan tabiat itu... itu lah perbuatan paling buruk ku lakukan.... DAdah sudah ku jauhi, tapi Arak masih lagi ku teguk setiap malam, itu lah tabiat yang sukar ku buang pada ketika itu ... aku pun x tahu mengapa aku harus meminum kencing syaitan tu.......pada umur ini lah aku kenal dunia music, aku mula bermain band bersama teman2 ... fuh best sehingga lah sekarng...

setelah tamat SPM aku banyak bersama kuarga angkat ku, di sana lah aku banyak belajar bagaimana mencari pendapatan sendiri, aku maju setapak lagi smua kerja ku lakukan hanya untuk mencari duit poket ... membuat banner, kerja buruh juga ku lakukan x kisah la janji duit tu halal biar penat sekali pun di saat itu la aku mula berfikir dan tidak mahu mengikut cara teman2 ku yang lain bagi ku hidup ku adalah jalan ku sendiri aku yang mencorakkan nya...
keputusan SPM pun keluar , aku kecewa dengan keputusan ku ternyata aku hanya lulus dengan keputusan itu... aku buntu untuk menyambung pelajaran ku tambahan lagi adik2 yang masih sekolah serta pendapatan bapa yang tak seberapa ku batalkan niat ku untuk menyambung pelajaran di bidang kemahiran.... susah rasanya hidup pada ketika itu hanya seketika bekerja dan pendapatan pun x seberapa , tapi aku tetap bersyukur di beri rezeki oleh Allah SWT...

Bersambung...

Monday, February 23, 2009

eps 2 Ada apa dengan cinta???

ingin ku akhiri ceritera ini... aku hanya mampu berserah Pada Allah Swt...

genap la sudah sebulan 11 hari kisah cinta mereka, setelah 9 tahun melaluinya.....
dalam masa sebulan ini, aku sering mendekatinya , menemaninya, menanya keadaannya...
Aku bersyukur sedikit sebanyak dia semakin kuat mengharungi hari2 kekecewaan, kepedihan , keterlukaan oleh insan yang bernama lelaki..... Malah hati ini terasa sedikit gembira melihat gelak tawanya semula, walaupun jauh di sudut hatinya masih wujud perasaan kasih dan sayang pada lelaki itu... memang sukar untuk dilupakan hubungan yg telah terjalin sekian lama dengan segala pengorbanan yg telah di lakukan.........

setelah bertemu nya kemarin @ yesterday , aku semakin yakin melihat keadaanya, makan yg yang kuat siap beli tapau lagi, nasi goreng oooo.... hati ku gembira sekali, dengan kehadiran teman2 membuatkan dia happy.. tambahan lagi sudah memiliki camera D90 yang baru di beli sabtu lalu, itu lah idamannya.... segala kegundahan hati ku kini mulai reda melihat keriangannya kemarin...... Alhamdulillah Ya Allah.. hati ku mengucapkan syukur....

Hari ini, dia menelfon ku dengan nada yang tidak ku ingin dengar, bayangan nada itu mengambarkan keluarnya titisan airmata... dia memberitahu ku ,si lelaki itu telah mengemailnya
dan aku terus tidak terkata apa, mendengar kata2nya.... aku memberitahunya bahawa aku msih bertugas, esok saja akan kutemui, dan aku hanya suruh dia hentikan tangisan dan tabah... hanya itu yang mampu ku lakukan.... dalam hati ku, terasa seolah2 di goncang untuk menemuinya... lalu ku teruskan niat itu untuk menemuinya...... walaupun masih waktu bekerja..
dalam perjalanan itu pelbagai persoalan terkluar dr kepala ku...

Setibanya ku di sana, ku melihat dia nampak sugul sekali... riak tawa, keceriaan hilang begitu saja, hanya yang nampak kesedihan dan kepiluan ntah apa yang bermain di hatinya pada ketika ini..... aku mula membuka cerita , dia menyatakan bahawa lelaki itu meluahkan rasa kekesalan n tidak pantas di maafi, segala curahan hati dan mengakui kesilapannya yang di lakukan selama ini............. rasa kasihan mulai mbelengu dirinya, seiring airmata yang mengalir dengan kata2nya, membuat kan ku terdiam dan sedih sekali... rasa marah juga ada tapi apalah daya ku???? hanya mampu memberi sekali lagi sokongan untuk dia lebih tabah .. di saat dia terjatuh aku hanya mampu mengulurkan tangan ntuk membangkitkan semula semangat dalam dirinya

Dia hanya seorang wanita yang mempunyai kelemahan, begitu juga kita semua makhluk Allah di dunia ini... cinta la banyak membuatkan seorang manusia itu berubah dan banyak memberi kesedaran betapa cinta itu indah, bila kita tahu menghargai sebuah perhubungan.... cinta bukan untuk memilki, cinta juga merelakan seseorang yang kita cintai memperolehi kebahagian... masih ramai diluar sana yang tidak memiliki cinta , bersyukur la kepada mereka2 yang dicintai..
bila memperolehi cinta hargai la jangan sesekali melepaskannya .... bila ia sudah hilang sukar untuk kita memperolehinya kembali.....


" engkau telah membuka mata setiap teman mu untuk menghargai cinta ...."

tamat.......